TENOM: Permohonan pembelaan meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan ke satu tarikh baharu dibenarkan Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan perbicaraan bakal berlangsung pada 11 sehingga 12 Mei depan.
Penangguhan berkenaan adalah bagi membolehkan pihak pembelaan membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi berkaitan pemanggilan Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi pendakwaan ketujuh.
Mahkamah membenarkan Chang Ching memberi keterangan namun menyatakan peguam bela turut mempunyai hak untuk meminta masa munasabah bagi meneliti dokumen terbabit selain memeriksa mana-mana saksi berhubung dengan dokumen itu.
Demi kepentingan keadilan bersama, mahkamah akan membenarkan penangguhan prosiding sehingga semakan selesai didengar dan diputuskan.

Terdahulu, Zahida dalam prosiding sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa imej yang ada di dalam pemacu kilat mengandungi imej tertuduh dan pengadu yang bersifat seksual selain terdapat 90 imej lucah di dalamnya. – Info X