PAPAR: Kabinet bersetuju melaksanakan masa soalan Perdana Menteri (PMQT) bermula pada mesyuarat Parlimen minggu depan.
Berlangsung selama 30 minit, PMQT akan dilaksanakan pada hari Selasa setiap minggu antara jam 10 sehingga 10.30 pagi.
Selain itu, antara pembaharuan lain yang turut dibuat adalah masa soalan menteri (MQT) yang dibuat setiap hari Khamis dengan jangkaan masa menjawab soalan sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan Dewan Rakyat akan mula bersidang pada 13 Februari sehingga 30 Mac manakala persidangan Dewan Negara pula akan bermula pada 21 Februari sehingga 6 April.
“Saya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan menteri bertanggungjawab tentang pengurusan Parlimen.
“Kami telah diamanahkan untuk melihat kepada urusan perjalanan aturan di Parlimen yang akan mula bermesyuarat pada minggu depan.
“Antara pembaharuan yang saya fikir amat baik telah diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri adalah sesi menjawab soalan bagi Perdana Menteri dan menteri.
“Hal ini seperti yang terdapat di dalam peraturan tetap namun mungkin belum dilaksanakan dengan meluas sebelum ini.
“Oleh itu, kita melihat dengan penambahbaikan ini, ia menzahirkan keterbukaan, ketukusan dan demokrasi,” katanya.
Armizan berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Kogopon, di sini, hari ini.
Turut Pengarah Jabatan Air Sabah, Baharuhom KK Sogon. – Info X