KUDAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita berusia 51 tahun yang mempunyai alamat terakhir di daerah ini bagi membantu siasatan satu kes.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Rasnah Majuan yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Tanjung Kapur, di sini.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan wanita terbabit diminta tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rasnah diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Aslam Selamat di talian 088-488381.
“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi [email protected],” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, SPRM tidak memperincikan kes yang sedang disiasat sehingga memerlukan wanita berkenaan dikesan. – Info X