Search

SHAFIE PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI – NIZAM

February 17, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titinganmenyifatkan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seharusnya menyalahkan diri sendiri serta parti bawah pimpinannya apabila terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada Warisan.

Nizam berkata, semua ADUN berkenaan bertindak keluar parti disebabkan Warisan tidak lagi sesuai menjadi platform memperjuangkan hak-hak dan membela rakyat.

“Pemimpin utama parti itu lebih gemar menimbulkan polimek danketidakstabilan politik yang hanya menyusahkan rakyat serta mengganggu agenda kerajaan membangunkan negeri Sabah.

“Dakwaan beliau (Mohd Shafie) bahawa ADUN yang keluar parti dibeli bukan sahaja cerita fitnah tetapi politik murahan yang cuba memalitkan imej negatif kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

“Malahan tindakan itu secara tidak langsung mengesahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yanghanya suka menimbulkan ketidakstabilan politik.

“Jika Presiden Warisan itu mempunyai bukti semua ADUN yang dimaksudkan dibeli seperti dakwaan beliau, maka laporlah pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya hanya membuat dakwaan retorik,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Nizam meminta Mohd Shafie bermuhasabah diri bahawa kepimpinan beliau bukan sahaja ditolak oleh ADUN dari partinya sendiri tetapi keputusan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu juga mendapati parti itu telah semakin ditolak rakyat bila gagal mempertahankan lima kawasan parlimen yang disandangnya semasa PRU14.

“Ia termasuklah kekalahan teruk timbalan presiden dan ketua penerangan parti itu,” katanya. – Info X