PENAMPANG: Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Nambazan, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tiga mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Naza Kia dengan Perodua Myvi.

Dua mangsa yang maut dikatakan menaiki kenderaan Perodua Myvi manakala seorang lagi menaiki Naza Kia.
Info X akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini. – Info X