Search

Enggan ditahan polis, lelaki kelar leher sendiri

March 13, 2023

admin

KOTA KINABALU: Seorang lelaki disyaki penjenayah yang enggan ditahan polis cuba membunuh diri dengan bertindak mengelar lehernya sendiri dalam kejadian di rumahnya di Kepayan Rigde, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek lelaki yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.

Lelaki yang parah terbabit dihantar ke HQE1, di Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan dilakukan di lokasi berkenaan.

Berita lanjut menyusul…