RANAU: Jabatan Air Ranau akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bermula pada 10 hingga 14 April 2023.
Jabatan Air Ranau menerusi kenyataan malam ini berkata, operasi itu akan dilaksanakan bagi seluruh bahagian di daerah ini.
Sehubungan itu, katanya pengguna yang mempunyai bil notis dan ansuran yang tertunggak diminta untuk datang membuat pembayaran dengan kadar segera.
“Pengguna di daerah ini boleh membuat pembayaran kadar segera di Pejabat Jabatan Air Daerah yang berdekatan bagi mengelak bekalan air di premis anda dipotong,” katanya. – Info X