Search

Lelaki parah ‘steam roller’ dipandu terbalik

April 4, 2023

admin

LAHAD DATU: Seorang lelaki parah selepas kenderaan jentera penggelek jalan atau ‘steam roller’ yang dipandunya terbalik dalam kejadian Batu 8, Jalan Putatan, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 54 tahun cedera dan melecur di bahagian kedua-dua pahanya dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital. – Foto Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 10.44 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan jentera berat jenis steam roller terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa cedera.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba mengangkat mangsa masuk ke jentera EMRS untuk dihantar ke hospital. – Foto Bomba

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain dan operasi ditamatkan pada 11.22 pagi,” katanya. – Info X