Search

Pantau aktiviti kanak-kanak di musim panas – Azizah

April 27, 2023

admin



KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Azizah Mohd Dun menasihatkan ibu bapa supaya mempertingkatkan pemantauan terhadap anak-anak terutama ketika keluar bermain di musim jerebu.

Katanya, ia penting bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku ke atas anak-anak sepanjang musim panas dan berjerebu ini.

“Saya berharap ibu bapa dapat memberi perhatian dan memantau anak-anak kerana kita di sini mengalami masalah jerebu dan cuaca panas yang berterusan sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa Rumah Terbuka beliau di Jalan Kurol Melangi Kampung Likas, dekat sini semalam.  

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat (PGRS) Aziah Atoh, Penolong Setiausaha Gagasan Rakyat, Fahzean Mohiddin, Pengerusi Zon 3 Gagasan Rakyat, Datuk Surinam Sadikun, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Azizah turut menasihati ibu bapa tidak membiarkan anak-anak bermain terlalu lama di bawah panas matahari bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka.

“Kurangkan aktiviti di luar melibatkan anak-anak kita, pastikan mereka minum air yang mencukupi sepanjang musim panas dan jerebu ini,” tegasnya lagi. – Info X