Activities
Dengarkan lintasan KUPIKUPI FM untuk lokasi yang tepat.
Tarikh / Masa | - | - |
- | - | - |
* Tertakluk kepada perubahan lokasi.
24 April 2025
MANTERA Turut Disokong Oleh KUPIKUPI FM Sebagai Radio Rasmi!
ahniah yang sebesar-besarnya kepada Chester Pang dan seluruh pasukan produksi atas kelahiran MANTERA sebuah karya seram tempatan yang nampaknya bakal mencetus fenomena!
Dengan barisan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Jovenea Jim dan Namron, serta visual poster yang dah cukup buat bulu roma berdiri, filem ini bukan calang-calang.
Lebih menarik, MANTERA turut disokong oleh KupikupiFM sebagai radio rasmi membuktikan lagi betapa kuatnya sokongan komuniti tempatan untuk karya anak Sabah ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan misteri dan kengerian yang bakal menghantui anda bermula 24 April 2025 di pawagam seluruh negara. Bawa kawan kamu kii, jangan tinguk saturangg 😆😱
#MANTERA #KUPIKUPIFMSABAH
20 April 2025
Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Media 2025
Terima kasih yang tidak terhingga buat YAB Ketua Menteri Sabah atas jemputan yang sungguh bermakna buat Kupikupifm dan Info X untuk menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.
Majlis bukan saja meriah dengan juadah sedap dengan suasana raya, tapi paling penting semangat kekeluargaan dan penghargaan buat kawan-kawan di dunia media.
Dari hati yang ikhlas, kami ucapkan terima kasih dan salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. Kita-kita juga baini!
15 April 2025
Orpheus Radio x KUPIKUPI FM MoU
Satu langkah besar Kupikupifm dalam menjalin hubungan budaya! Kupikupifm kini menjalin kerjasama rasmi dengan Orpheus Radio dari Moscow, Rusia! Melalui MOU ini, muzik dan budaya menjadi jambatan antara dua dunia. Bayangkan, bunyi alat tradisi Rusia dipadukan dengan irama tempatan kita, lagu-lagu kita dimainkan dalam orkestra, dan pentas mini dihiasi dengan persembahan dari hati di Russian House oleh urang kita, dan di Kedutaan Malaysia pula, suara Rusia menyanyikan lagu-lagu tempatan kita. Lebih bikin teruja, rock opera dan jazz akan menjadi pentas kolaborasi hebat antara dua negara.
Ini baru permulaan dimana muzik menyatukan dan memperkasakan budaya. Kupikupifm, kita-kita juga baini!
#Kupikupifm #OrpheusRadio #JelajahBudaya #MuzikSatukanKita
10 April 2025
Konsert “Aku Stacy”
Stacy kembali menggegar!
Sidang media konsert Aku Stacy Menggegar Kota U yang dibawakan oleh U Mobile berlangsung meriah dengan kehadiran rakan-rakan media & artis tanah air.
Konsert solo pertama Stacy di tanah kelahirannya Sabah, bakal berlangsung pada 21 Jun 2025 di SICC.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan penuh bertenaga dari Ratu Pop Sabahan ini!
KupikupiFm selalu radio rasmi Konsert. Kita-kita juga baini~~
Tiket kini boleh didapati di: www.ticket2u.com
#AkuStacyMenggegarKotaU #StacyLiveInSabah #UMobile #KonsertSabah2025 #SICC