Kupikupifm hadir untuk Program Jelajah Belia Sarawak @ Sabah 2023 yang telah dianjurkan pada 1 Julai 2023 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di SICC, Kota Kinabalu.
Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan ini terbuka kepada belia Sarawak yang berumur 15 – 40 tahun serta komuniti-komuniti Sarawak yang menetap di Sabah. Fokus utama program ini adalah untuk mendengar aspirasi anak-anak Sarawak , mengeratkan hubungan pembangunan belia dan menghebahkan pembangunan Sarawak melalui pameran agensi. Kita-kita juga baini!