SIPITANG: Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, petang ini.
Mereka berkumpul di tanah perkuburan itu sejak tengah hari tadi dan tidak berganjak walaupun cuaca petang ini mula hujan.
Turut kelihatan anggota polis yang berkawal bagi memastikan proses penggalian kubur arwah berjalan lancar.
Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut hadir memantau proses penggalian semula kubur arwah.
Penggalian semula kubur arwah Zara dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa dari Mahkamah Majistret Sipitang pada prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di IPD Papar tengah hari tadi. – Info X