Search

AIDILADHA DISAMBUT PADA 10 JULAI

June 29, 2022

admin

KOTA KINABALU: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai depan.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya. – Info X