Search

Aidilfitri disambut Sabtu

April 20, 2023

admin

KOTA KINABALU: Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi. – Info X