KOTA KINABALU: Empat individu termasuk dua kanak-kanak cedera selepas alat memasak steamboat di sebuah restoran, di Alam Mesra, dekat sini, meletup, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.
Katanya, sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan kemudian mendapati terdapat individu mengalami kecederaan.

“Kejadian melibatkan letupan alat memasak steamboat di mana dua kanak-kanak yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Dua lagi mangsa dewasa diberi rawatan awal oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) di lokasi dan kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, pasukan Bomba kemudian bertindak melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi sebelum menamatkan operasi pada jam 9.41 malam. – Info X