Search

Banjir berulang di Beaufort, PPS Selagon dibuka semula

February 6, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pusat pemindahan sementara (PPS) Selagon, Beaufort yang baru ditutup pada 2 Februari lalu dibuka kembali selepas banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu, hari ini.

Pembukaan semula PPS itu diisytiharkan Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkuat kuasa pada jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, PPS itu diaktifkan semula setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) didapati tidak selamat untuk didiami.

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Beaufort.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN), berkata operasi pemindahan mangsa di Beaufort sedang giat dilaksanakan petang ini. – Info X