Search

Banjir berulang di Pitas, Kota Marudu dan Paitan

March 10, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tiga daerah di utara Sabah kembali dilanda banjir hari ini selepas berdepan bencana sama pada pertengahan Februari lalu.

Daerah terbabit, iaitu Kota Marudu dan Paitan, masing-masing diisytihar dilanda banjir pada jam 10 dan 11 pagi tadi, manakala Pitas diisytihar banjir pada jam 2 petang, hari ini.

Ia menjadikan tiga daerah itu sekali lagi berdepan bencana banjir dalam tempoh tidak sampai sebulan dan dua kali banjir sepanjang Ramadan kali ini, bermula pada awal Ramadan.

Anggota APM Kota Marudu memindahkan mangsa banjir di Kampung Beliajung, Kota Marudu.

Banjir gelombang pertama Februari lalu yang menjejaskan hampir 100 kampung menyaksikan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan daerah Pitas mencatat paling ramai mangsa, diikuti Kota Marudu dan Paitan.

Bencana itu turut merosakkan banyak harta benda penduduk dan awam, termasuk sekolah dan klinik. – Info X