Search

Banjir di Beaufort dan Sipitang, 195 mangsa dipindah

February 12, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort diisytihar berdepan bencana banjir pada Khamis selepas berlaku limpahan air Sungai Padas yang menjejaskan 18 kampung setakat ini.

Pengisytiharan bencana itu dibuat Pegawai Daerah, Nazri Ajun pada jam 9 pagi tadi serentak dengan pembukaan Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon bagi pemindahan mangsa.

Kampung terjejas banjir setakat ini ialah Batu 60, Jempangah, Binunuk, Balibata, Lumatai, Bakalau, Luagan, Bingkul, Mempagar, Limbawang, Lubak, Selinsing, Betanduk, Beringin, Lawa, Lago, Suasa, Jabang dan Kangsa.

Bencana banjir turut diisytihar di Sipitang bermula pada Rabu membabitkan 14 kampung dengan seramai 195 mangsa daripada 93 keluarga dipindah ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu, setakat ini.

Banjir di daerah terbabit berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan pedalaman negeri ini sejak Selasa. – Info X