Search

Belanjawan 2024 ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ dibentang esok

November 23, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah menerima dan membuat semakan terakhir Buku Belanjawan 2024, yang bertemakan Sabah Teguh, Rakyat Terbela, dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, jam 3 petang esok.

Buku Belanjawan 2024 itu diserahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Sofian Alfian Nair bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir, Setiausaha Rendah Bahagian Cukai Jualan Negeri, Evina Brenda Majimbun, Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Sabah. – Info X