KOTA KINABALU: BIGSABAH Sale 2026 menutup tirai pada Ahad setelah berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.
Acara jualan terbesar di Sabah itu menghimpunkan usahawan, perniagaan dan pengguna sebagai platform keusahawanan, jaringan perniagaan dan peluang pasaran wilayah.
Majlis penutupan disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Josie Lai selaku wakil menterinya, Datuk Jafry Arifin.
Bermula Jumaat lalu dengan tema ‘Across Markets, Beyond Borders’, acara itu mengetengahkan lebih 300 pempamer di lebih 600 gerai, dengan penyertaan membabitkan perniagaan dan wakil dari sembilan negara.
Acara tahun ini bukan saja menumpukan aktiviti pameran untuk pengguna, malah turut menumpukan libat urus perniagaan ke perniagaan (B2B), pembangunan keusahawanan dan peluang menyertai perniagaan untuk menghubungkan pembeli berpotensi, pengedar, peruncit dan rakan strategik.
Antara yang ditumpukan ialah program Trade Connect yang membawa bersama 60 pedagang dan mewujudkan peluang untuk kerjasama dengan komuniti perniagaan tempatan Sabah.
Menurut, Pengerusi Penganjur BIGSABAH Sale 2026, Datuk Rosmawati Lasuki, program itu sudah menjana prospek perniagaan yang menggalakkan, termasuk dua kerjasama komersial berpotensi.
“Antara cerita kejayaan program ini ialah Ruru Mushrooms dari Filipina yang diwakili Ms, berjaya mengenal pasti satu pengedar berpotensi di Sabah melaluiibat urus dengan Ayuhous Sdn Bhd, sekali gus membuka laluan kepada produknya untuk memasuki pasaran tempatan.
“Kedua-dua pihak melihat ke hadapan untuk meralisasikan kerjasama mereka secara rasmi melalui memorandum persefahaman (MoU),” katanya.

Sementara itu, katanya Greentech Feed Co Ltd from Thailand, yang diwakili Ms Sujitra, berjaya dihubungkan dengan komuniti pertanian di Sabah melalui Sifu Jessie Ambakon dari Kebun
Dapur.
Katanya, libat urus seterusnya dijangka membabitkan perbincangan dengan petani tempatan bagi meneroka peluang untuk produk makanan burung keluaran syarikat berkenaan.
“Hasil awal ini menunjukkan bagaimana Trade Connect menterjemahkan jaringan perniagaan kepada rakan komersial berpotensi, akses pasaran dan peluang baharu kepada usahawan tempatan,” katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa penganjur menyasarkan untuk membina atas usaha itu dengan membangunkan BIGSABAH Sale kepada perdagangan yang lebih komprehensif dan pasar pengguna, dengan penyertaan wilayah yang lebih besar dan peluang hubungan komersial jangka panjang.
Sementara itu, Jafry dalam ucapan penutupannya menekankan kepentingan mengukuhkan keusahawanan, memperbaiki daya saing perniagaan dan meluaskan akses pasaran sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi Sabah.
Katanya, perniagaan tempatan, termasuk yang beroperasi dalam komuniti luar bandar mesti terus berinovasi, berdepan teknologi dan memperbaiki produk mereka dan perkhidmatan untuk kekal berdaya saing dalam keadaan perubahan pasaran.
“Kerajaan negeri terus menyokong keusahawanan melalui pelbagai inisiatif, termasuk peruntukan RM5 juta untuk Program Keusahawanan Negeri, RM16.86 juta untuk menyelaras penyertaan dalam ekspo domestik dan antarabangsa serta RM15 juta untuk Program SME-UP Assistance di bawah Belanjawan Sabah 2026,” katanya.
BIGSABAH Sale 2026 dilancarkan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun selaku wakil Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu.
Hajiji dalam ucapannya turut menekankan potensi lokasi strategik Sabah dalam wilayah BIMP-EAGA untuk menyokong libat urus perdagangan dan kerjasama wilayah yang luas.
BIGSABAH Sale turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi merentas perkhidmatan hospitaliti, pengangkutan, peruncitan, makanan dan minuman, logistik dan acara.
Sejajar dengan Tahun Melawat Sabah 2027, acara itu juga menekankan peluang untuk mengukuhkan hubungan di antara pelancongan, perdagangan dan keusahawanan dengan mempromosi barangan keluaran tempatan, kepelbagaian budaya Sabah dan perniagaan berasaskan komuniti.
Penganjurnya mahu BIGSABAH Sale dibangunakan menjadi perdagangan dan pasar pengguna yang diakui di ASEAN Timur dengan edisi akan datang bakal mengetengahkan penyertaan wilayah, pemadanan perniagaan dan peluasan pasaran yang lebih besar. – Info X