KOTA KINABALU: Gabungan Barisan Nasional (BN) – Perikatan Nasional (PN) memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya Negeri Sembilan selepas memperolehi 25 daripada 36 kerusi pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, BN mendahului di 18 kerusi, manakala PN di tujuh kerusi.
Keputusan tidak rasmi itu sekali gus menidakkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kerajaan negeri yang diterajui pakatan berkenaan sebelum ini.
Secara tidak rasmi, PH hanya mendahului di 11 kerusi pada pilihan raya negeri itu.
PH bukan saja gagal mempertahankan kerajaan negeri, malah beberapa pemimpin utama mereka turut kecundang, termasuk bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut kecundang ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Sementara itu, pada sidang medianya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BN akan berbincang dengan rakannya, PN mengenai kerjasama pembentukan kerajaan negeri selepas ini. – Info X