Search

Budak 12 tahun dikhuatiri dibaham buaya

May 23, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang di Pulau Sumangat Payau, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 pagi.

Katanya, Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dan bot digerakkan ke lokasi kejadian susulan laporan itu.

“Pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – info X