Search

Buru tahanan lolos

December 16, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang tahanan meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, di sini, tengah hari tadi.

Tahanan Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri ketika diiring oleh anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman.

“Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

“Petugas lokap telah mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tahanan yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu.

Shahurinain berkata, suspek berpakaian lokap berwarna ungu ketika melarikan diri.

Katanya, suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember 2023 atas kesalahan Seksyen 431 A Kanun Keseksaan

“Gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup dan semua eleman.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. – Info X