LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan seludup keluar minyak masak bersubsidi ke Filipina dalam dua siri rampasan di pantai Takun Tungku, di sini, semalam.
Menerusi Op Taring Landai kira-kira jam 5 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PPM Lahad Datu.
Hasil operasi berkenaan, sebanyak 1,955 peket minyak masak bersubsidi berjaya dirampas.
Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berjaya ditahan.

Turut dirampas dalam operasi itu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota single cab.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM124,887.50 termasuk kenderaan.
Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut. – Info X