Search

Cubaan seludup 4,200 telur penyu gagal

August 22, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 4,200 telur penyu selepas menahan sebuah bot di perairan Sandakan, di sini, malam tadi.

Menerusi Op Taring Gelora kira-kira jam 7.30 malam oleh PPM Sandakan menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 57 tahun bersama bot yang sarat dengan muatan 4,200 biji telur penyu.

Semua telur penyu itu dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari Filipina.

Nilai rampasan telur penyu dianggarkan berjumlah RM8,400 manakala nilai keseluruhan rampasan bot dan telur penyu berkenaan berjumlah RM27,400.

Cubaan lelaki warga Filipina menyeludup masuk 4,200 telur penyu gagal apabila ditahan PPM di perairan Sandakan. – Foto/PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X