TAWAU: Satu cubaan menyeludup keluar barangan kosmetik bernilai RM20,578 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menerusi Op Kontraban di CIQ Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, menerusi operasi berkenaan, Unit Risikan PPM Tawau yang dalam rondaan pemantauan di CIQ Lama menemui beberapa kotak yang mencurigakan ditinggalkan di kawasan berkenaan.
Hasil pemeriksaan terhadap kotak-kotak itu menemui beberapa produk kosmetik dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Tiada sesiapa tampil untuk mengaku barang-barang berkenaan dan anggaran rampasan kosmetik bernilai RM20,578.

Seterusnya semua barangan berkenaan dirampas untuk diserahkan kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Tawau untuk tindakan lanjut.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan mengenai rampasan berkenaan. – Info X