Search

DBKK sita barangan peniaga beroperasi tanpa lesen di KKIP

August 21, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita barangan peniaga beroperasi tanpa lesen di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di Sepanggar, hari ini.

Sitaan dilakukan menerusi operasi bersepadu diketuai Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK di Jalan 7, KKIP Timur.

Berdasarkan laporan dikongsikan di laman Facebook DBKK, operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu dilakukan setelah dua notis arahan menghentikan aktiviti menjaja dikeluarkan sebelum ini.

Katanya, antara disita dalam operasi itu ialah barangan dan logistik berniaga seperti kanopi dan meja yang digunakan enam peniaga tidak berlesen.

Penguatkuasa DBKK memunggah barangan peniaga tanpa lesen di KKIP. – Foto/DBKK

Jelasnya, tindakan berkenaan dikuatkuasakan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (Hawker By-Laws) 1966 atas kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah dan di tempat yang tidak dibenarkan.

“Semua penjaja adalah diingatkan untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan demi menjamin keteraturan dan kesejahteraan bandar raya Kota Kinabalu,” kata laporan itu. – Info X