Search

Dilayang kad merah, Kim Swee enggan ulas

March 13, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee enggan mengulas lanjut berhubung layangan kad merah kepadanya dalam aksi Liga Super bertemu Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur, di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Ini kerana, katanya, sebarang komen yang diberikan berhubung keputusan pengadil itu hanya akan mengundang masalah kepadanya.

“Pengadil sentiasa betul, anda fikir pengadil sentiasa salah, kita tunggulah,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi yang berkesudahan seri 1-1, Sabah FC kehilangan Kim Swee selepas dilayangkan kad merah kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Noor Azriel Baharuddin pada minit ke-67.

Pada perlawanan itu, skuad The Rhinos lebih dahulu mengejutkan tuan rumah selepas Daniel Sang Ting menjaringkan gol pada minit ke-13.

Bagaimanapun pada minit ke-25, penyerang import Tok Gajah, Kpah Sherman menjaringkan gol penyamaan dan kedua-dua akur terpaksa berkongsi satu mata.

Walaupun hanya membawa pulang satu mata, Sabah masih berada di kedudukan kedua Liga Super selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah. – Info X