Search

Dua hilang ketika keluar memancing di Lahad Datu

March 11, 2024

Info X Reporters

LAHAD DATU: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di laut membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa Jufli Sahuddin, 43 dan Amran Kalu, 45, disedari hilang semalam apabila kedua-dua mereka gagal dihubungi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, bilik kawalan BBP Lahad Datu menerima panggilan kecemasan mangsa dikhuatiri hilang di laut pada jam 6.47 pagi tadi.

Katanya, pasukan dari BBP Lahad Datu ke lokasi kejadian mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR.

“Pencarian dilakukan di sekitar pesisir pantai Bakapit hingga ke Tungku.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba melaksanakan pencarian di sekitar pesisir pantai Bakapit, Lahad Datu. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi pencarian diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut sertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Pada ketika ini, pasukan bomba juga dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Anjung Teduh dan Silabukan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X