Search

Dua lelaki cedera rempuh pokok tumbang

February 17, 2026

Info X Reporters

LABUAN: Dua lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Menurut kenyataan APM Labuan di Facebook, motosikal dan kereta jenis Perodua Kancil terbabit dipercayai merempuh pokok tumbang di jalan raya yang gelap ketika melalui laluan berkenaan sebelum melanggar pokok yang menghalang jalan.

Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh anggota APMM sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa mengalami kecederaan pada lutut kiri, manakala seorang lagi cedera di kepala serta patah bahu kiri.

“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata kenyataan itu, hari ini.

Pasukan APM turut menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok berkenaan bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan orang awam. – Info X