Search

Dua remaja ditahan kes rusuhan depan sekolah di Lahad Datu

October 2, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Polis menahan dua remaja lelaki selepas disyaki terbabit dalam kes rusuhan di hadapan sebuah sekolah di daerah ini, pada 27 September lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian itu menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun cedera akibat dipukul sekumpulan individu.

“Mangsa yang cedera di bahagian muka dan kepala menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lahad Datu.

“Dua suspek berusia 14 tahun ditahan pada 30 September lalu bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis masih mengesan beberapa lagi suspek lain yang masih bebas.

“Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Info X