Search

Empat PPS mangsa banjir ditutup di Pitas

January 19, 2025

Info X Reporters

PITAS: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di daerah ini yang dibuka kelmarin dan semalam, ditutup sepenuhnya jam 4 petang ini.

PPS terbabit ialah Balai Raya Kampung Lugu, Rumah Sonsogon Kampung Sosop Bai, Rumah Budaya Kampung Mandamai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dandun.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi @ Mohd Faizal Hussin, berkata Balai Raya Kampung Lugu dan Rumah Sonsogon Kampung Sosop Bai, masing-masing menempatkan 66 dan 11 orang mangsa.

Katanya, dua lagi PPS iaitu Rumah Budaya Kampung Mandamai dan SK Dandun, masing-masing menempatkan seramai 54 dan 237 mangsa.

Anggota bomba bersama tentera dan APM mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Pitas.

Keempat-empat PPS berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka.

Penutupan PPS mengambil kira situasi semasa banjir yang kembali pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – Info X