KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan, hari ini, memberikan sumbangan kewangan kepada Belia Pusat Paroki Holy Cross Toboh Tambunan.
Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Penajanya, Datuk Victor P Paut kepada Pengerusi Belia Pusat Paroki Holy Cross Toboh Tambunan, Arnold Wences Linus dalam satu majlis ringkas di pejabatnya, di sini.
Victor berkata, sumbangan berkenaan bertujuan untuk membantu belia pusat paroki membiayai keperluan serta melaksana program yang mereka rancang.
Beliau berkata, program yang dirancang belia pusat paroki berkenaan melibatkan pendedahan kerohanian kepada masyarakat belia.
“Justeru, saya terpanggil untuk membantu mereka yang menghadapi kekangan kewangan untuk menampung kos perbelanjaan bagi kegunaan program kerohanian belia Paroki berkenaan.
“Sebagai pemimpin saya memahami masalah yang dihadapi belia pusat paroki ini dimana tanpa dana, sudah pasti sukar bagi mereka melaksanakan program yang dirancangkan.
“Sehubungan dengan itu, saya berharap dengan bantuan kewangan ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi bebanan yang mereka hadapi,” katanya.
Sementara itu, Arnold berkata, Belia Paroki Holy Cross Toboh Tambunan amat memerlukan dana berkenaan, antaranya untuk kos pencetakan seragam baju pelayanan bukan sahaja dalam aktiviti koir malah untuk kegunaan program pastoral belia pusat.
“Sememangnya, kami mempunyai banyak perancangan aktiviti kerohanian, malangnya banyak yang tertangguh dan ada yang terpaksa dibatalkan.
“Ia berikutan keadaan kewangan belia pusat paroki terkesan sejak tularnya wabak Covid-19 lebih dua tahun lalu dan m
keadaan ini telah menjejaskan aktiviti, program pastoral belia didalam paroki,” katanya.
Arnold turut mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Victor yang telah bermurah hati meghulurkan sumbangan kewangan kepada belia pusat Paroki berkenaan. – Info X