KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 Skala Richter di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia malam tadi turut dirasai di sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam tadi turut melaporkan bahawa gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak 210 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.
Katanya, gempa bumi sederhana pada kedalaman 80 kilometer itu berlaku pada koordinat 0.5 darjah Utara dan 121.2 darjah Timur.
“Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya. – Info X