Search

Gempa bumi kuat di Mindanao, gegaran turut dirasai di Sabah dan Labuan

July 11, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina dengan gegaran turut dirasai di Sabah dan Labuan.

Berdasarkan info Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) gempa bumi itu berlaku pada jam 10.13 pagi tadi di koordinat 6.1° Utara dan 123.3° Timur dengan jarak 154 kilometer Tenggara dari Isabela City, Filipina pada kedalaman 632 kilometer.

MetMalaysia bagaimanapun berkata tiada ancaman tsunami di Malaysia. – Info X