Search

Hajiji bincang isu keselamatan bersama Panglima Divisyen Kelima

March 2, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berbincang mengenai isu keselamatan bersama Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Shamsor Jaafar di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Ia sempena kunjungan hormat Shamsor selaku Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu terhadap Ketua Menteri.

Selain isu keselamatan, mereka turut membincangkan perkara berkaitan Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi.

Shamsor yang diiringi Pegawai Staf, Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi, mengambil alih tugas daripada Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin mulai 30 Januari lalu. – Info X