Search

Hajiji kembali bertugas, terima kunjungan PJP Sabah

May 9, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu Datuk Jauteh Dikun.

Pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini, itu merupakan tugas pertama Hajiji selepas menjalani pembedahan batu karang baru-baru ini.

Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh dan Shahurinain sebagai Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. – Info X