KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menemui presiden dan pemangku presiden parti komponen GRS.
Pertemuan sempena majlis minum petang itu diadakan di Menara Kinabalu, di Likas, dekat sini.
Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sering mengadakan perjumpaan bersama presiden parti komponen GRS bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri dan negara.
GRS kini dianggotai Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Soldariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Antara presiden yang hadir ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR), Datuk Dr Joachim Gunsalam (pemangku Presiden PBS), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (USNO), Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Datuk Chin Su Phin dan Tan Sri Anifah Aman (PCS). – Info X