KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, menetapkan Khamis minggu depan untuk lawatan ke lokasi Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi, 16 Julai lalu.
Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan lawatan itu di sekolah arwah Zara Qairina di Kinarut, Papar pada jam 9.30 pagi, 11 September ini.
Ketika prosiding pada Rabu, Pegawai Pengendali yang juga Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Nahra Dollah memohon kepada mahkamah untuk mengadakan lawatan lokasi pada Jumaat, 12 September.
Bagaimanapun, tarikh itu tidak dipersetujui peguam mewakili tertuduh kanak-kanak sebelum Koroner Amir Shah mencadangkan tarikh baharu pada 11 September.
Lawatan itu nanti akan disertai Koroner, pihak berkepentingan, pemerhati dan saksi berkaitan bagi melakukan identifikasi di lokasi kejadian.
Arwah Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai lalu sebelum dilaporkan menibggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. – Info X