KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan membuat pameran dan lelongan harta dilucutkan hak dibawah Akta Dadah Berbahaya 1988, pada 10 Disember ini.
Sebanyak 90 aset alih akan dilelong antaranya pelbagai jenis barang kemas, jam tangan, beg, dompet, kenderaan dan enjin bot.
Pada kenyataan hari ini, IPK Sabah memaklumkan, lelongan itu akan diadakan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari di Dewan Serbaguna, IPK Sabah.
Katakan, orang ramai atau pembida yang berminat boleh terlebih dahulu melihat semua aset berkenaan pada 9 Disember ini.
“Semua aset yang dilelong ini boleh dilihat di Dewan Serbaguna, IPK Sabah diantara jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
“Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan perlu mendaftar dengan pegawai pelelong dengan memberikan nama penuh, MyKad dan alamat,” katanya.
Tambahnya lagi, pembida juga akan dimaklumkan mengenai syarat dan peraturan digariskan untuk acara lelongan berkenaan. – Info X