KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan orang awam supaya tidak panik dan risau jika melihat helikopter bomba terbang rendah dan berlegar di Putatan dan sekitarnya bermula esok hingga 25 Julai ini.
JBPM Sabah menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan, siri latihan itu dilaksanakan sempena majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan.
“Dimaklumkan bahawa JBPM Sabah akan melaksanakan siri latihan membabitkan penggunaan helikopter bomba pada tarikh berkenaan.
“Penerbangan rendah sekitar 500 kaki di Putatan dan sekitarnya,” katanya.
Sehubungan itu, JBPM Sabah menasihatkan orang awam supaya tidak panik dan risau jika melihat helikopter bomba terbang rendah dan berlegar di Putatan dan sekitarnya. – Info X