Search

Jeffrey : Kerajaan perpaduan kukuh, GRS akan terus sokong

May 11, 2023

admin



KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yakin kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal utuh hingga habis penggal nanti.

Katanya, kerajaan pada masa kini lebih kuat berbanding sebelum ini kerana ianya diterima oleh semua komuniti dan memiliki pelbagaian.

“Saya memerhati perkemagan politik semasa dan saya lihat sudah 4, 5 tahun kita begini (bertukar kerajaan), tapi kali ini saya lihat (kerajaan) lebih kuat.

“Ia (kerajaan) diterima oleh kerajaan, kita lihat kepelbagaian di sana (dalam kerajaan), jadi saya fikir kerajaan akan kekal,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, gabungan berkenaan akan memberi sokongan penuh kepada Anwar dan kerajaan perpaduan.

” Ya, kita sokong sepenuhnya (kerajaan perpaduan),” katanya.

Sementara itu, Jeffrey juga menyatakan keyakinannya yang kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor akan kekal hingga habis penggal.

“Kami masih ada dua tahun, ya sudah semestinya akan habiskan,” katanya. – Info X