KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kinabatangan, di Kampung Batu Putih, di sini, hari ini.
Jurucakap Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 pagi.
Katanya, seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Setakat ini, maklumat sebenar mangsa masih belum dapat diperolehi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – Info X