Search

Kanak-kanak lelaki 6 tahun dikhuatiri lemas di sungai

March 6, 2025

Info X Reporters

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sungai Kampung Baginda, di sini, hari ini.

Mangsa Zulfazli Azrul, 6, disedari hilang oleh keluarganya pada jam 12.15 tengah hari, selepas menemui selipar mangsa di tepi sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.18 petang.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sembilan kilometer dari balai bomba.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pasukan penyelamat melakukan pencarian di kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi pencarian turut dijalankan di tebing sungai sejauh kira-kira 100 meter bersama penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anggota bomba menjalankan operasi SAR kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai Kampung Baginda, Keningau.

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.

“Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X