KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang di Kampung Botung Berhampiran Kem Paradise Kota Belud, di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Adira Abdullah, 9, disedari hilang dari rumahnya, kira-kira jam 6.30 pagi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari.
“Berdasarkan laporan dari pengadu yang juga ibu angkat mangsa, kanak-kanak terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun sering berhalusinasi dan dipercayai hilang pagi ini.
“Bertindak dengan maklumat, pasukan bomba ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan oeprasi Mencari dan Menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi sedang dijalankan di sekitar mangsa dilaporkan hilang.
“Setakat ini mangsa belum ditemui dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X