KOTA KINABALU: Semua perkhidmatan kesihatan akan dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason, Beluran buat sementara waktu.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna berkata, ini bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan terbabit susulan kebakaran Klinik Kesihatan Tangkarason awal pagi tadi.
Katanya, buat masa ini juga punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

“Dengan dukacitanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin memaklumkan Klinik Kesihatan Tangkarason yang terletak di Daerah Beluran, Sabah musnah terbakar awal pagi tadi.
“Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kuarters yang terletak bersebelahan dengan klinik berkenaan.
“Keseluruhan bangunan klinik dan kuarters yang berstruktur kayu termasuk semua aset dan kelengkapan perubatan serta peralatan musnah sepenuhnya dalam kejadian ini.
“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Info X