Search

Kebakaran rumah di IJ Villa Silam, 2 melecur

June 19, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Dua lelaki cedera apabila sebuah rumah terbakar di IJ Villa Silam, Jalan Lahad Datu – Tawau, di sini, petang tadi.

Kebakaran berlaku pada 6 petang menyebabkan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 dan 40 tahun melecur pada bahagian kaki dan tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, sebaik menerima panggilan, seramai 14 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar 30 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan satu pancutan dari sumber air jentera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota bomba memadam kebakaran rumah di IJ Villa Silam, Lahad Datu.

Menurutnya, dua mangsa dilaporkan melecur di bahagian tangan dan kaki diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada 9.15 malam, manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X