Search

Kejohanan Berbasikal Piala KPN, Sabah tempat keempat keseluruhan

March 6, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah mendapat tempat keempat keseluruhan di Kejohanan Berbasikal Piala Ketua Polis Negara (KPN) yang berlangsung di Iskandar Puteri, di Johor, hari ini.

Kejohanan yang disertai 16 kontinjen itu menyaksikan Sabah berada di belakang Bukit Aman yang muncul juara keseluruhan, Johor di tempat kedua dan Pulapol di tempat ketiga.

Beberapa acara mengikut kategori dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan, antaranya Individual Time Trial (ITT) Terbuka, Veteran dan Wanita, Team Time Trial (TTT) Campuran dan juga Kriterium.

PDRM Sabah mempertaruhkan SM Azwan bagi Kategori ITT Terbuka, Sarjan Jori bagi Kategori ITT Veteran dan Sarjan Saptuyah bagi kategori ITT (Women).

Bagi acara Kriterium, Polis Sabah turut serta dalam kesemua Kategori.

Sandaran diberikan kepada Kategori Veteran namun bukan menidakkan keupayaan pelumba kategori Terbuka.

Bagi kategori Wanita pula, Polis Sabah menghantar Sarjan Saptuyah dan pendatang baru Konstabel Stephanie sebagai pendedahan awal bagi setiap acara. – Info X