Search

KELAB MALAM DIBENARKAN BUKA SEMULA

April 28, 2022

admin

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kelab malam akan dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei ini.

Katanya, kebenaran itu dibuat apabila Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik senarai aktiviti dilarang atau “negative list” Covid-19.

Beliau berkata, satu set protokol keselamatan baharu sedang dirangka untuk memastikan keselamatan pengunjung ke premis tersebut.

“Semua senarai aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) terbitan 1 April 2022 digugurkan.

“Agensi berkaitan sedang menyediakan protokol bagi pengoperasiannya.

“Prosedur ini akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei,” katanya ketika mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 di negara ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik, hari ini.

Sehingga hari ini, kelab malam adalah satu-satunya aktiviti yang kekal dalam senarai negatif kerajaan.

Ketika diminta mengesahkan perkara itu semasa sidang media sama ada penarikan semula senarai negatif itu bermakna kelab malam boleh mula dibuka semula selepas 15 Mei, Khairy membayangkan demikian.

“Itu satu-satunya tempat yang masih lagi berada dalam negative list.

“Jadi faham-fahamlah,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini,” katanya. – Info X