Search

KEPIMPINAN TERTINGGI BN NYATAKAN SOKONGAN TERHADAP HAJIJI

February 12, 2023

admin

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan memberi sokongan serta mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang sudah membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan telah dibentuk untuk menyelaras semua parti-parti yang mengasaskannya.

“Hal ini termasuklah ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan Sekretariat sama di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah.

“BN Sabah dipertanggungjawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya bagi memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekali gus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Semantara itu, menerusi kenyataan sama, Zambry turut memaklumkan kepimpinan BN turut menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah. – Info X